Wednesday, 30 May 2012

Rasa

saya rasa yang kami akan bertambah jauh selepas ini...
jangan tanya kenapa....

haajarpuad 300512 700pm

Thursday, 24 May 2012

Sahabat :)

assalamualaikum....
lama tidak berhenti sebentar di diariku ini....
kesibukan ujian, assignment membuatku berhenti meluahkan rasa hati...
aah..tapi ada yang sudi mendengar keluhan hati ini kah...
terima kasih pada yang sudi.. sungguh aku tidak pernah memaksa...

hari ini aku puasa bersama sahabat tercinta....
sungguh..sudah lama tidak ketemu berdua meluahkan
kisah kisah yang di pendam...
jadi tadi seusai detik azan maghrib tiba...
aku dan dia titipkan langkah untuk berbuka bersama
walau banyak drama sepanjang perjalanan..
tapi masih memberi sinar bahagia...

aaahh..sungguh kau bisa bawa ketenangan di hati..
aku bisa menjadi diriku bersama mu..
aku bisa kisahkan apa saja yang aku mahu denganmu..
kerna kau sentiasa mampu mendengar untukku..

aku gembira lihat kau berubah...
walau pada dasarnya kerana niat yang lain
tapi aku percaya yang sekarang kau memang berubah kerana ilahi..
aku tidak terperanjat atau sedih atau duka atas perubahan mu...
malah aku gembira yang amat sehingga aku harap aku pun mampu
berubah... ya.. berubah...walau bukan sedrastik mana...

wahai sahabat,
aku sentiasa akan mendoakan mu kekal dan terus berubah ke arah kebaikan
cuma ingin ku pesan.. jangan ubah dirimu kerana aku masih merinduimu yang dahulu..
bukan atas dasar pakaian atau fesyen.. tapi aku rindukan kegilaanmu..
dan aku harap kau masih seperti itu.. sekurang kurangnya bila dengan diriku..


_terimakasihsayang_haajarpuad_240512_1117pm


Thursday, 17 May 2012

detik

pagi yang hening
ditemani dengan detik detik waktu yang tidak pernah silap
menjalankan amanah yang diberikan
dan aku masih sedar melawan fitrah alam
bukan untuk bertahajud atau bertaubat
tapi terus leka dengan dunia semata

ohh.. bilakah aku bisa berubah
ahh.. mahu berubah tapi tidak berusaha
apa yang kau dapat...
tiada...tapi.. tuhan janji
setiap niat yang baik....
walau hanya dengan berniat ada juga pahala nya...

dengan niat menandakan kita masih ingat
daripada langsung tiada niat di hati...
kelam.. bahkan cahaya dari jalan juga tak bisa menembusi

aku percaya yang manusia bisa berubah
dan aku juga percaya yang perubahan itu perlukan waktu
jadi sahabat ku dan aku sendiri..
biar berubah langkah demi langkah
dari berubah sekelip mata tapi gagal di persimpangan
biar berubah detik demi detik
dari langsung tidak punya niat di hati

-PERUBAHAN ITU PASTI-

haajarpuad 180512 0436am



Monday, 14 May 2012

salam pagi :)

pagi yang damai.....
walaupun kelas hanya akan bermula pada jam 1030
namun ku gagahkan juga diriku untuk berjaga di awal pagi..
ini semua gara gara si Malasyang menyuruhku tidur awal pada malam hari
meninggalkan tanggungjawab yang memanggil2 untuk disentuh
ditenung dan disiapkan...

ahhhhh... kenapalah malas sungguh diri ini
tiap tahun resolusi yang sama ku titipkan dalam diari
untuk meluangkan masa belajar walau hanya untuk sementara
namun, hiburan lebih ku utamakan...
sungguh aku tidak dapat melawan godaan syaitan...
masih belum kuat...namun boleh diasah hingga tajam....

pagi yang damai akan ku mulakan dengan basmallah....
akan ku titipkan senyuman indah buat diriku
akan ku cuba manfaatkan sebaik mungkin...
tiba saat ku beredar sekarang....
bertemu lagi di lain tinta ya...

-haajarpuad- 150512 711am

Sunday, 13 May 2012

promises

dulu masa bercinta aku dan dia berjanji sehidup semati
apa pun yang berlaku tetap bersama
tapi setelah beberapa tahun.. cinta mula hilang
benci makin membuak, perasaan makin dipendam
semua benda tidak kena.. hati sudah tidak mampu menampung
segala rasa... tiada lagi gembira hanya duka...

tapi itu semua benda sudah belalu
aku tidak kisah cinta tidak berpanjangan kerna aku tahu ada hikmah
disebalik apa yang berlaku..
aku tidak kisah akan semua janji janji dahulu kerna
aku tahu ada yang akan melengkapi aku
di kemudian hari...
kerna aku sudah tetapkan di hatiku ketika bercinta
jangan beri sepenuh jiwa dan raga..
jangan percaya kan semua janji janji manis
kerna aku perlu sediakan diriku akan sebarang kemungkinan
yang duka dan tangis akan menjelma...

tapi aku tak harapkan begitu dalam persahabatan
kerna persahabatan adalah sesuatu yang dimana
rahsia boleh dikongsi sesama sendiri
yang janji boleh ditepati....
namun baru aku faham sekarang yang aku
mengharap terlampau tinggi
yang aku tidak faham lagi apa erti hidup...

yang aku masih lagi bertatih untuk menggunakan sayap


-haajarpuad- 130512 1112pm

Saturday, 12 May 2012

the road i have taken...

aahhh... pagi ahad yang nyaman
nyaman kah...kerja melambak, assignment, projek paper, tests, soalan tutor...
terima kasih kepada tenaga pengajar... :(

hurm.this week boleh dikatakan antara minggu miserable aku
masalah datang dan pergi..
tapi aku percaya yang aku tetap kena terus senyum dan senyum dan senyum
atleast bukan semua yang tau keperitan itu... amboi hahaha

dan aku pun mula berfikir dan tertanya tanya
kenapalah aku terlalu percaya kepda seseorang
aku rasa aku kena mula belajar untuk menerima sesuatu itu dan simpan untuk diri sendiri
cerita apa yang perlu..
aku penat bila aku kongsi cerita atas dasar persahabatan tapi dibalas dengan rahsia yang menggunung
aku penat bila aku bersikap memberi daripada menerima
bukan tidak ikhlas.. tapi lama2 terasa diri tidak dihargai...
bila kau mencintai seseorang, kau ingin diri dicintai....
teori ini boleh diaplikasikan bila2 masa...

aku tahu yang aku dah buat ramai orang tersinggung...
lebih2 lagi yang rapat...
tapi ada mereka fikir kenapa aku buat begitu.. ada mereka fikir yang kelakuan mereka tu
sendiri lah yang 'meng-annoyed-kan' aku..
aku tau ini tak matang tapi maaf
aku juga manusia yang mahu diberi perhatian........





-haajarpuad-13052012 0303am

life is full of misteries......

bila kita dilahirkan.... terasa bahagia sahaja..
terasa dunia ini penuh dengan keindahan sahaja....
tanpa kita mengetahui yang sebenarnya halangan dan cabaran
sedang menunggu kita di hadapan sana
hanya tunggu masa dimana bila kita bersedia untukmenghadapinya
AllaH tidak akan membebankan hambanya jika hambanya tidak mampu 
untuk menghadapinya....
jadi setiap ujian yang kita hadapi ini mampu untuk kita selesaikan
hanya masa yang akan menentukan segalanya
bersama usaha doa dan tawakal......
tapi jangan pula kita lupakan keindahan yang ada di dunia ini
sama2lah kita terokai dan rasai pengalaman yang hebat
dan hargai dunia, dan insan2 di sekeliling kita.....
teruskan hari2mu dengan senyuman yang indah
kerana setiap garis senyuman itu mungkin membawa 
kegembiraan kepada yang lain...


-haajarpuad-